MPU 2305 SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM MINI PROJECT
KELAS DUB2B
MPU23052 - SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM KEJUTERAAN MINI PROJEK
PUAN ZUNAIDAWATI
MUHAMMAD AMIR ZUHAIZAD BIN MOHAMAD WAZIR
(04DUB20F1009)
MUHAMAD AMZAR BIN YUSOFF RAMZI (04DUB20F1017)MUHAMAD SHAHMIN AIMAN BIN HUSSAIN
(04DUB20F1037)
ASMA WANI BINTI ZAINI ABIDIN
(04DUB20F1011)
INTAN AFRA ATIQAH BINTI MAT SALLEH (04DUB20F1027)
https://youtu.be/dmXTWxDaiU4
https://youtu.be/xYRpNOIKRzY
#PENGENALAN
Astrolab (Bahasa Yunani Kuno: [ἀστρολάβον astrolabon, "pengambil bintang"] merupakan sejenis alat inklinometer penuh perincian yang pernah digunakan oleh ahli astronomi, pengemudi, dan ahli astrologi. Antara pelbagai kegunaannya adalah menentukan kedudukan serta meramal kedudukan Matahari, Bulan, planet, dan bintang, menentukan waktu tempatan berpandukan latitud setempat dan sebaliknya, mengukur, penyegitigaan, serta menilik horoskop. Astrolab digunakan dalam baharian klasik, termasuk Zaman Kegemilangan Islam, Zaman Pertengahan Eropah dan Zaman Pembaharuan untuk kesemua tujuan ini. Di dunia Islam, astrolab juga digunakan untuk menghitung arah kiblat serta mendapat pasti waktu solat.
#CIRI - CIRI DAN SPESIFIKASI ISLAM
Astrolab Hartmann dalam koleksi Yale. Alat ini mempamerkan rete dan pembarisnya.
Glob Cakerawala, Isfahan (?), Iran 1144. Dipamerkan di Louvre Museum, glob ini adalah yang ketiga tertua yang masih bertahan di dunia
Astrolab terdiri daripada cakera yang dipanggil mater (induk), yang cukup dalam untuk memegang satu atau lebih plat rata yang dipanggil tympans, atau climate. Tympan dibuat bagi latitud tertentu dan diukir dengan unjuran stereografik bulatan yang menandakan azimuth dan altitud dan mewakili bahagian sfera cakerawala di atas ufuk tempatan. Rim mater biasanya dibahagikan kepada jam, darjah arc atau kedua-duanya. Di atas mater dan tympan, rete, sebuah rangka yang menunjukkan unjuran satah ekliptik dan beberapa penunjuk yang menunjukkan kedudukan bintang-bintang yang paling terang, bebas berputar. Penunjuk-penunjuk ini selalunya cuma hujung yang mudah, tetapi bergantung pada kemahiran si tukang ia mampu menjadi berhias dan artistik. Terdapat contoh-contoh astrolab dengan penunjuk artistik dalam bentuk bebola, bintang, ular, tangan, kepala anjing dan dedaun, antaranya.[27] Sesetengah astrolab mempunyai pembaris atau label yang berputar di atas rete, dan mungkin ditandakan dengan skala keserongan.
Rete, yang mewakili langit, berfungsi sebagai carta bintang. Apabila ia diputarkan, bintang dan ekliptik bergerak di atas unjuran koordinat di atas tympan. Satu putaran lengkap bersamaan dengan berlalunya satu hari. Jadi astrolab adalah pelopor planisfera moden.
Pada belakang maater biasanya terukir sejumlah skala yang berguna bagi pelbagai aplikasi astrolab; ini berbeza-beza mengikut perekabentuk, tetapi mungkin memasukkan lengkung bagi penukaran masa, kalendar bagi menukar hari dalam sesuatu bulan kepada kedudukan matahari di atas ekliptik, skala trigonometri, dan senggatan 360 darjah sekeliling hujung bahagian belakang. Alidade dilampirkan pada permukaan bahagian belakang. Alidade dapat dilihat pada ilustrasi bawah kanan bagi astrolab Parsi di atas. Apabila astrolab digantungkan secara menegak, alidade dapat diputarkan dan matahari atau bintang akan dilihat sepanjang kepanjangannya, supaya altitudnya dalam darjah dapat dibaca ("diambil") daripada hujung astrolab yang bersenggat; justeru itu akar perkataan Yunani: "astron" (ἄστρον) = bintang + "lab-" (λαβ-) = mengambil.
#KEGUNAAN / KELEBIHAN UNTUK ORANG AWAM MENURUT ISLAM
Astrolab Sebag ai Alat Astrofiqh Analog Pelbagai Guna.
Astrolab ialah sebuah alat yang dicipta pada Zaman Yunani dan dikenali sebagai sebuah komputer analog yang Mempunyai pelbagai fungsi untuk kegunaan ahli astronoMi dan ahli pelayaran.
Astrolab selalunya digunakan untuk mengukur kedudukan sesuatu objek langit, Mengira waktu tempatan dan Menentukan lokasi sesuatu tempat. Kajian ini akan meninjau sejarah astrolab sepanjang zaMan berMula daripada sebelum kedatangan Islam sehingga zaMan kemuncak kelimuan falak IslaM di zaMan kegemilangannya.
Kajian ini bertujuan untuk memaparkan kelangsungan astrolab sebagai alat astronomi serbaguna yang telah berjaya Melangkau pelbagai tamadun saMa ada Islam atau bukan IslaM. Karya-karya yang disusun oleh pelbagai lapisan sarjana Mengenai astrolab dikaji untuk Mendapatkan Maklumat tentang kegunaan alat ini dalam bidang astronomi.
Astrolab selanjutnya dimajukan di dunia Islam Zaman Pertengahan, tempat ahli falak Muslim memperkenalkan skala sudut kepada astrolab,[11] lalu menambah bulatan yang menandakan azimut di atas ufuk.[12] Ia digunakan secara meluas di serata dunia Islam, sebahagian besarnya sebagai kelengkapan pandu arah dan sebagai cara mencari arah kiblat. Orang pertama yang dianggap membuat astrolab di dunia Islam ialah dilaporkan bernama Muhammad al-Fazari, ahli matematik kurun ke-8.[13] Latar belakang matematik dimantapkan oleh ahli falak Muslim yang bernama Muhammad ibn Jābir al-Harrānī al-Battānī di dalam karya beliau Kitab az-Zij (sekitar 920 M), yang diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Plato Tiburtinus dengan judul De Motu Stellarum. Astrolab bertarikh terawal yang masih bertahan bertarikh 315H (927/8 M). Di dunia Islam, astrolab digunakan untuk mengetahui masa matahari terbit dan kemunculan bintang-bintang pegun, untuk membantu menjadualkan sembahyang Subuh. Pada kurun ke-10, al-Sufi pertama kali menggambarkan lebih daripada 1000 kegunaan berbeza bagi astrolab, dalam bidang-bidang seperti ilmu falak, ilmu nujum, pengemudian, pengarasan, pengiraan waktu, solat, kiblat dsb.
Astrolab sfera, satu variasi bagi astrolab dan sfera armilari, dicipta semasa Zaman Pertengahan oleh ahli falak dan perekacipta di dunia Islam.[16] Gambaran terawal astrolab sfera bertarikh pada zaman Al-Nayrizi (aktif 892–902). Pada kurun ke-12, Sharaf al-Dīn al-Tūsī mencipta astrolab lelurus, kadang kala dipanggil "tongkat al-Tusi", yang merupakan "sebatang rod kayu ringkas dengan tanda-tanda darjah tetapi tanpa penglihatan. Ia dilengkapkan dengan tali ladung dan perentas kembar untuk membuat pengiraan sudut dan menjadi penunjuk berlubang."[17] Astrolab mekanikal bergear pertama kemudiannya dicipta oleh Abu Bakr di Isfahan pada tahun 1235.
#KAITKAN TEKNOLOGI ANDA DENGAN PRINSIP - PRINSIP SYARIAH ISLAM
Al-Qur " an sebagai sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t sudah pasti mempunyai banyak keunikan yang mencakupi dalam pelbagai disiplin ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia. Antaranya ialah Ilmu Astronomi (Ilm al-Falak) yang membincangkan tentang pergerakan matahari, bulan, agihan bintang dan cakerawala atau planet-planet lain.Terdapat banyak ayat dalam al-Qur " an yang telah menyentuh topik-topik tersebut dan perbincangan mengenainya dapat dilihat melalui kitab-kitab tafsir melalui corak penafsiran " ilmiy. TafsirˊilmiyTafsirˊilmiy adalah salah satu corak atau kecenderungan penafsiran yang menempatkan pelbagai terminologi ilmiah (fakta-fakta saintifik) berdasarkan ungkapan-ungkapan dalam ayat-ayat al-Quran. Corak pentafsiran ini mengundang pelbagai reaksi yang berbeza dalam kalangan ilmuwan tafsir sehingga membentuk tiga bentuk pandangan iaitu yang menolak, menerima dengan syarat-syarat dan menerima secara meluas tanpa batasan syarat dalam menerima fakta-fakta saintifik yang berkaitan. Kajian ini adalah untuk meninjau dan menganalisis pandangan HAMKA dalam kitab tafsir nya iaitu Tafsir al-Azhar yang merupakan antara kitab tafsir berbahasa Melayu di bumi Nusantara yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakupi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Penulis cuba mengumpul, menyusun, menganalisis dan mengolah tafsiran-tafsiran yang dilakukan HAMKA dengan menampilkan beberapa contoh ayat al-Qur " an yang dilihat penjelasannya dari sudut saintifik terhadap beberapa topik dalam ilmu Astronomi seperti matahari, bulan dan bintang. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat-ayat yang berkaitan ilmu Astronomi telah ditafsirkan oleh HAMKA berdasarkan fakta-fakta saintifik hasil pemerhatian dan penyelidik zaman moden. Perkara ini juga membuktikan kemampuan dan kesungguhan HAMKA dalam menyelami dan mengsesuaikan suasana pemikiran semasa dengan usaha mempelbagaikan metodologi tafsiran beliau termasuk mengetengahkan fakta-fakta saintifik moden dalam kitab Tafsir al-Azhar.
#KAITKAN TEKNOLOGI DENGAN PERANAN SYARIAH ISLAMIYAH
Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan kedatangan Ramadan dan Syawal.
Bagaimanapun, peranan ilmu falak sebenarnya begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.
Ini kerana kepakaran dalam ilmu itu, menjadikan manusia lebih bersedia dalam segenap hal kerana ilmu falak membicarakan dua perkara penting untuk diteliti, iaitu masa dan tempat.
Bagaimanapun, ilmu falak ini semakin ditinggalkan hingga pengamalnya semakin berkurangan meskipun ia mampu mempersiapkan umat Islam untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (Ia mengadakan) tanda panduan jalan dan dengan bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.” (An-Nahal: 16)
#SUMBER RUJUKAN
1)https://en.m.wikipedia.org/wiki/Astrolabe